"ASSALAMUALAIKUM SELAMAT DATANG KE HALAMAN RESEPI TIMUR BARAT "

Monday, January 25, 2010

ROTI TELUR BURGER

Roti telur burger.
Panaskan butter dalam kuali. Masukkan burger ayam/daging/sosej ikut suka. Cucuk-cucuk sikit supaya burger tak keras. Kemudian balik-balikkan sampai masak.

Pecahkan telur ayam dalam mangkuk. Taburkan sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam jika suka. Kacau-kacau.

Celupkan roti. Kemudian masukkan dalam kuali panas. Gunakan Lebihan mnyak butter tadi.

Balik-balikkan sampai kekuningan.

Letakkan sekeping cheese kalsium tinggi diatasnya ketika masih panas. Cheese akan cair dan melekat pada roti.

Letakkan pula burger panas diatasnya.

Sapukan mayonnaise dan cili sos/tomato sos ikut suka. Taburkan hirisan timun segar dan bawang besar. Renjis kan sedikit lagi serbuk lada sulah kalau suka lebih pedas hangat.

Tutup dengan satu lagi roti goreng bersalut telur.

Tambahkan sedikit kacang panggang dalam tin. Ikut selera masing-masing.

Okeh... dah siap. Kena dengan air bandung. Ini resepi orang malas nak masak nasi berlauk. Sesuai untuk sibujang. Rasa Kenyangnya dari pagi sampai ke malam. Hahaha...

8 comments:

Lily Ieda said...

lapar tngok gmbar2 ni.semua menaikkan selera.sy suka masak juga.campur2 je sume bnda, pastu makan.ntah apa nama makanan pon sy xtau.bila abang2 sy minta masakkan balik, sy da xingat sbb main campur2 je.hehe

jari emas tawakal said...

pulak....hehehe
lawak2

Cik Siti said...

wahh...
menarik dan tertarik..
terim kasih...
boleh cuba la nanti :)

jutawan jenal said...

pergh... xpnah jmpa lg... sdap ni...

v
v
v
v
Superb Top Secret Recipes

Anonymous said...

NYAMAN NYA.....ROTI TELUR BURGER ............... NYAM NYAM ..... NYAMAN RASA NYA

Anonymous said...

best nya hari ini masak roti telur burger ..... nyam nyam ....

aima nadia said...

nyaman nya roti telur burger ...........

mahazan omar said...

http://penyakitkronikataljabbar.blogspot.com