KEMBALI KEHALAMAN UTAMA

"ASSALAMUALAIKUM SELAMAT DATANG KE HALAMAN RESEPI TIMUR BARAT "

Tuesday, July 5, 2011

GULAI KULIT RAMBAI SEAFOOD

Buah di pokok rambai
Musim buah datang lagi, ada banyak durian muda gugur. Dijatuhkan monyet-monyet. Sayang membazir. Kalau dimakan tak apa juga. Walaupun begitu, isinya yang muda boleh dijadikan sayur. Masak lemak putih. Tapi hari ini tak ada mood nak buat itu semua. Sebab teringat masak lemak cili padi ikan dan  kulit rambai.

Rambai
Jadi hari ini nak masak ringkas. Tengok dalam peti ais ada udang dan sotong. Ambil setangkai rambai muda. ( Yang masak pun boleh ). Tumbuk dalam lesung untuk buang bijinya. Sebelum tu tanak nasi dulu, nanti lauk siap nasi pun dah masak.

Daun kunyit
 Petik daun kunyit kat belakang rumah, bilas, cuci bersih-bersih.



Masukkan santan kelapa dalam kuali/periuk/belanga. Kunyit hidup ditumbuk/ giling atau kunyit serbuk. Cili padi, bawang putih, merah ditumbuk/giling. Titik serai dan  Sedikit air.


Panaskan guna api kecil. Masukkan sotong dihiris kecil dan udang. Kemudian kacau selalu supaya tak pecah minyak.


Last masuk kan daun kunyit yang dihiris halus. Garam...dan sedikit perasa kalau mahu. Dah siap. Ok...sekarang mesti nak ada lawan yang sesuai. Baru selera banyak.

Ikan pekasam home made
Goreng ikan pekasam, atau ikan masin. Goreng bawang besar dihiris dan cili padi. Tabur atas ikan pekasam, dan perah asam limau.


Tapi kali ini simple je, tak ada tabur dan perah asam. Perut sudah lapar. Jangka masa siap 1/2 jam je. 

Ringkas/Simple
Ok, boleh lah makan...masak tak biasa bersukat2, main agak2 je...( kulit rambai sudah masam, jadi jangan letak asam lagi.)

12 comments:

d'Nilai said...

assalam..

jalan2 cr resepi berbuka puasa..
first time tgk resepi ni.. menarik! blh cuba ni.. :)

sempoiGuRlz said...

terbaik la menu..tp mane nk dpt rambai...da bertahun xmkn rambai...terliur la tngk resepi 2..nk try la crik rambai gak..

Anonymous said...

yum sedapnya! First impression teramatlah ingin mencubanya tapi mana nak jumpa rambai macam ni ya!

Mo

Wanidelicious said...

bestnye..kulit rambai yer.tk biasa mkn.tp mcm best

whatevergirl said...

i follow ur blog..cam sedap i want to try making diz.

whatevergirl said...

i follow ur blog..cam sedap i want to try making diz.

Unknown said...

x tahu pun kulit rambai boleh msak mcm ni. biasa org mkn buah yg dh msak je. nnt blh la cuba bla musimnya. kna la tggu bln 7 nnt bru musim buah..

Unknown said...

http://penyakitkronikataljabbar.blogspot.com

Unknown said...

http://penyakitkronikataljabbar.blogspot.com

Anonymous said...

salam, dulu masa kt kampung pernah juga masak lemak kulit rambai ni...mmg best rasa dia. skrg susah nk dpt buah rambai kt bandar..sekali sekala tukar resepi sedap jg ye..

Anonymous said...

salam, dulu masa kt kampung pernah juga masak lemak kulit rambai ni...mmg best rasa dia. skrg susah nk dpt buah rambai kt bandar..sekali sekala tukar resepi sedap jg ye..

jari emas tawakal said...

ni kat kl la ni, tmn melawati, sini byk, mai le ambik, tiap2 tahun berbuah lebat, terbuang, kena lak bulan puasa selalunya baru dia ranum