KEMBALI KEHALAMAN UTAMA

"ASSALAMUALAIKUM SELAMAT DATANG KE HALAMAN RESEPI TIMUR BARAT "

Monday, April 14, 2014

Kerabu mangga



Musim mangga berbuah lagi. Lebat betul, ada dua pokok yang berbuah. Selain dibuat jeruk resepi berasaskan mangga hampir tiap2 hari, iyelah selagi buahnya ada.


Kali ini buat kerabu, ada macam2 cara, ini salah satu cara yang aku suka, resepinya macam dibawah.


Sebiji mangga, disagat, bawang besar dipotong2 macam dalam gambar, serai hiris halus, kacang tanah goreng ditumbuk kasar, titik cili padi ikut suka banyak mana, sotong dipotong kecil dan rebus/goreng kemudian toskan airnya/minyak, udang kering blend, garam dan gula secukup rasa. Satukan semua kemudian gaulkan. Dah siap.


Monday, December 30, 2013

Kerabu petai jeruk / segar

Pic dekat

Pic jauh
Tiba2 ada membe yang post gambar petai. Lama aku tak makan petai. Sejak musim petai dibelakang rumah berbuah telah berlalu. Teringat2 sambal tumis petai. Sambal tumis cili api petai. Sambal ikan bilis/udang petai, semua tu faberet aku.

Kebetulan petai jeruk banyak lagi dalam peti ais. Itu aku jeruk banyak2 semasa  petai bergayutan beberapa bulan lalu. Jadilah seperti gambar diatas.

Cara2 nak buat macam dibawah, agak2 je takde sukatan

Petai jeruk/segar dihiris/potong nipis atau tumbuk kasar jangan hacur sangat.
Bawang besar hiris
Cili api/padi tumbuk
Ikan bilis tumbuk segar atau digoreng ikut suka, tumbuk kasar
Udang kering segar atau goreng sekejap dan tumbuk kasar
Campak semua bahan dalam satu bekas
Letak sedikit garam
Perah asam limau
Dan gaulkan sekata dah siap
Kalau suka manis masam pedas masin sama rasa letak la secubit dua gula
Orang Negeri sembilan tak suka manis2 dalam lauk pantang besar tu, nanti tak lalu makan, tapi aku ni lidah antarabangsa semua masuk tak ada pantang.

Wednesday, August 1, 2012

RESEPI ORANG BANJAR, KULIT CEMPEDAK / MANDAI


1- Keluarkan isi cempedak, kulitnya disiang/dibuang kulit mengerutu bahagian luar kemudian potong2 macam dalam bekas kuning.


2- Lepas cuci bersih, gaulkan kulit cempedak dengan garam lebih kurang 1/2 cawan untuk kulit sebanyak dalam gambar/ sebiji kulit cempedak.


3- Tekan2 / padatkan, kemudian letak sikit air panas suam. Kemudian tutup bekas, simpan dalam seminggu, lagi lama lagi bagus. Dah siap.

Imej diambil dari  http://tulipkasih374.blogspot.com/2009/10/resepi-mandai.html 

4- Bila nak makan, ambil sebanyak mana yang kita nak. Cuci dan ramas2 sampai air masin keluar. Toskan dan goreng garing sikit. Asingkan.
5- Racik2 bawang besar, tumbuk/potong kecil cili padi, tumis. Kemudian campurkan dengan mandai tersebut. Boleh tambah belacan kalau mahu. Nak campur ikan bilis pun boleh, tempe pun boleh ikut selera masing2. Rasanya memang mables.

Tau resepi ni pun dari internet, kebetulan pulak time buah cempedak meranum, dari dibuang kulitnya baik jadikan lauk sampingan kan...gambar dah siap goreng tu ambil dari http://tulipkasih374.blogspot.com/2009/10/resepi-mandai.html , gambar sendiri tak sempat nak snap dah licin pulak hihihi...

Friday, July 6, 2012

SIREH AIR GORENG / MASAK SUP

SIREH AIR/SIREH PASIR/SIREH LAUT


Mungkin tak ramai yang tahu khasiat pokok ni. Kita pun baru tau. Makcik bawah tu kasi tau. Makcik tu pulak diberitahu oleh  Aci yang tengah petik pokok ni tepi jalan. Tak tau lak apa nama pokok ni. Lupa tanya makcik tu. Makcik pun agaknya lupa nak tanya Aci. Jadi, try google. Nak google apa pun tak tau. Dah nama tak tau. Oleh sebab rupanya seakan2 sirih. Tumbuh kat tanah berpasir. Hentam taip je Sirih pasir. Keluar gambar sekeping je. Eh betul pulak teka!. Cuma ada dua nama lagi, Sireh air dan Sireh laut.

SIREH PASIR
Dikatakan pokok di boleh dijadikan ubat Ghout, buasir dan kencing tak lawas. Caranya rebus pokok ni dalam secekak, kemudian minum air dia. Ok...yang kita excited bukan pasal tu. Tapi rasanya yang sedap bila dimasak. Boleh juga buat ulam, tak pahit langsung dari akar ke daun. Tak sangka, sayur liar yang tumbuh melata, tepi bukit, tepi longkang, enak dimakan. Selalu cabut dan buang, atau mesin / racun rumput dengan dia2 sekali sebab semak. Lepasni boleh le buat satu batas tanam dia je. 




Cara masak tengok ikut turutan dibawah. Sonang bona...

RENDAM DALAM AIR SUPAYA PASIR JATUH KEDASAR DAN CUCI/BILAS/TOSKAN

RACIK BAWANG MERAH DAN PUTIH

IKAN TENGGIRI MASIN CARIK2
 Panaskan minyak, masukkan ikan masin/ikan bilis, dah garing masukkan bawang, dah wangi masuk kan sireh laut tadi. Boh garam sket. Dan perisa kalau nak. Siap. ( Separuh masak jangan layu sangat ). Kalau tak nak goreng, boleh buat sup. Campur je apa2 yang disukai hehe. Nak lebih sihat jangan letak minyak. Atau celur sikit dan buat ulam je.

SIAP DAH, TRY LE 


Ok, boleh makan. Sireh ni ada dua rasa kalau digoreng. Macam tauge pun ada, macam bayam pun ada. Tu yang unik sket. ( Tak tau le kalau buat ulam ). Sila cuba. Terutama yang ada sakit2 diatas tadi.

Tuesday, July 5, 2011

GULAI KULIT RAMBAI SEAFOOD

Buah di pokok rambai
Musim buah datang lagi, ada banyak durian muda gugur. Dijatuhkan monyet-monyet. Sayang membazir. Kalau dimakan tak apa juga. Walaupun begitu, isinya yang muda boleh dijadikan sayur. Masak lemak putih. Tapi hari ini tak ada mood nak buat itu semua. Sebab teringat masak lemak cili padi ikan dan  kulit rambai.

Rambai
Jadi hari ini nak masak ringkas. Tengok dalam peti ais ada udang dan sotong. Ambil setangkai rambai muda. ( Yang masak pun boleh ). Tumbuk dalam lesung untuk buang bijinya. Sebelum tu tanak nasi dulu, nanti lauk siap nasi pun dah masak.

Daun kunyit
 Petik daun kunyit kat belakang rumah, bilas, cuci bersih-bersih.



Masukkan santan kelapa dalam kuali/periuk/belanga. Kunyit hidup ditumbuk/ giling atau kunyit serbuk. Cili padi, bawang putih, merah ditumbuk/giling. Titik serai dan  Sedikit air.


Panaskan guna api kecil. Masukkan sotong dihiris kecil dan udang. Kemudian kacau selalu supaya tak pecah minyak.


Last masuk kan daun kunyit yang dihiris halus. Garam...dan sedikit perasa kalau mahu. Dah siap. Ok...sekarang mesti nak ada lawan yang sesuai. Baru selera banyak.

Ikan pekasam home made
Goreng ikan pekasam, atau ikan masin. Goreng bawang besar dihiris dan cili padi. Tabur atas ikan pekasam, dan perah asam limau.


Tapi kali ini simple je, tak ada tabur dan perah asam. Perut sudah lapar. Jangka masa siap 1/2 jam je. 

Ringkas/Simple
Ok, boleh lah makan...masak tak biasa bersukat2, main agak2 je...( kulit rambai sudah masam, jadi jangan letak asam lagi.)

Monday, January 25, 2010

ROTI TELUR BURGER

Roti telur burger.
Panaskan butter dalam kuali. Masukkan burger ayam/daging/sosej ikut suka. Cucuk-cucuk sikit supaya burger tak keras. Kemudian balik-balikkan sampai masak.

Pecahkan telur ayam dalam mangkuk. Taburkan sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam jika suka. Kacau-kacau.

Celupkan roti. Kemudian masukkan dalam kuali panas. Gunakan Lebihan mnyak butter tadi.

Balik-balikkan sampai kekuningan.

Letakkan sekeping cheese kalsium tinggi diatasnya ketika masih panas. Cheese akan cair dan melekat pada roti.

Letakkan pula burger panas diatasnya.

Sapukan mayonnaise dan cili sos/tomato sos ikut suka. Taburkan hirisan timun segar dan bawang besar. Renjis kan sedikit lagi serbuk lada sulah kalau suka lebih pedas hangat.

Tutup dengan satu lagi roti goreng bersalut telur.

Tambahkan sedikit kacang panggang dalam tin. Ikut selera masing-masing.

Okeh... dah siap. Kena dengan air bandung. Ini resepi orang malas nak masak nasi berlauk. Sesuai untuk sibujang. Rasa Kenyangnya dari pagi sampai ke malam. Hahaha...

Friday, January 22, 2010

IKAN BILIS SERABAI DAN KHAILAN IKAN MASIN SAMA BUAH NANGKA MASAK

Makan tengahari ini agak ringkas , sekali dengan sarapan, sebab tak biasa sarapan pagi. Walaupun ringkas tapi bila dah lapar, jadi sedap. Haha...


Menu hari ini 

Ikan bilis goreng serabai. 

Ambil segengam ikan bilis, basuh dan toskan, Kopek kulit ubi kentang dalam tiga biji kemudian potong kecil ikut suka. Basuh dan toskan.

Bawang besar, cili kering dan cli api agak-agak lah sendiri.


Kemudian goreng ubi kentang sampai kekuningan, angkat, masukkan pula ikan bilis, goreng sampai garing. Semasa mengoreng pastikan minyak cukup panas. Campurkan ikan bilis dan kentang goreng dalam satu bekas. Masukkan pula cili kering yang dipotong tiga sampai garing dan angkat. Kemudian tutup api, masukkan bawang merah yg sudah dipotong bulat dan cili api. Angkat dan taburkan atas ikan bilis dan ubi kentang bersama cili kering. Siap.

Sayur khailan ikan masin.

Goreng sebarang ikan masin sampai garing, masukkan bawang merah dan putih. Gaul sekali sampai naik bau.

Masukkan sayur khailan yang sudah dibasuh dan dipotong-potong kecil. Kacau lagi jangan sampai terlalu masak.

Masuk sedikit serbuk pati ayam. Okey... dah siap.


Buah nangka madu.

Ini sebagai pencuci mulut. Alang-alang buah nangka belakang rumah dah masak. Tapi nangka ni baru 97 peratus masak. Tak cukup oren warnanya. Tak kisah lah. Sedap juga.

Makan time...

sambil makan sambil mencuci mata melihat suasana hijau diluar, aduhai nyaman. Makan simple pun jadi enak.

~Nyum-nyum...



Thursday, August 7, 2008

KARI KEPALA IKAN

selamat datang ke halaman resepi timur barat





BAHAN2

Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul
santan kelapa sederhana pekat
asam jawa
serbuk rempah kari ikan istimewa
bawang putih dan merah tumbuk
bawang besar potong bulat2
daun kari
halba campur
biji sawi
serbuk cili istimewa
bendi
mangga muda
tomato buah potong dadu
garam secukup rasa

panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.

AYAM GORENG BEREMPAH


BAHAN2

Ayam kampung, ayam dara, siap dipotong kecil ikut suka.

bawang merah dan putih ditumbuk/giling bersama dengan serai kunyit hidup dan halia muda.
jintan manis dan putih ditumbuk halus.
kayu manis ditumbuk betul2 halus/serbuk kayu manis.
sedikit rempah kari.
sedikit lada putih.
garam secukup rasa

Gaul kan ayam bersama bahan2 atas, perapkan semalaman atau sekurang2nya 3 jam.
Panaskan minyak masak, dan goreng garing.

ASAM PEDAS IKAN PARANG


BAHAN2

Ikan parang siap dibersihkan dan dipotong kecil
bawang merah ditumbuk
bawang putih ditumbuk
cili merah/cili kering ditumbuk halus2
serai dan kunyit hidup ditumbuk halus2
lengkuas ditumbuk halus2
buah keras ditumbuk halus2
asam jawa
daun kesom
bunga kantan
bendi
garam secukup rasa
minyak masak
air

masuk kan minyak masak dalam kuali, panaskan, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sampai naik bau wangi, dah pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa, kacau sampai mendidih baru masukkan ikan, dah masak masukkan bendi bunga kantan dan daun kesom, masukkan garam, dah siap.

Wednesday, August 6, 2008

MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH


Bahan2
Udang galah segar sebarang saiz
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
asam keping
garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit asam keping dan garam. Bila dah mendiudih masukkan udang galah. Dah siap.

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK CAMPUR BELIMBING BULUH


Bahan2
Telor itik
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
belimbing buluh dibelah dua
garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit dan garam. Bila dah mendiudih masukkan telor itik. Kecilkan api dan Kacau perlahan2 supaya telor tak hancur. Dah siap.

( kuantiti dan sukatan bahan2 agak2 sendiri )

MASAK LEMAK CILI API IKAN SALAI campur daun asam

Bahan2
Sebarang ikan air tawar atau ikan sembilang sawah/sungai
ikan disalai atas bara api sampai kering dan wangi
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
daun asam dihiris2 halus
garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit daun asam dan garam. Bila dah mendiudih masukkan ikan salai. Dah siap.

MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI

Bahan2
Daging yang siap disalai kering sampai wangi, lepas siap salai potong kecil2 dan nipis.
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
halia muda ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit daging salai dan garam. Kacau sampai mendidih . Dah siap.

MASAK LEMAK CILI API IKAN TENGGIRI CAMPUR BUAH PAUH

Bahan2
Ikan tengiri siap dipotong dan dibersihkan
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
buah pauh diracik2 kecil
garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit buah pauh dan garam. Bila dah mendiudih masukkan ikan tengiri. Dah siap.

MASAK LEMAK CILI API AYAM KAMPUNG

Bahan2
Ayam kampung, lepas sembelih kena rebus dulu, kemudian buang bulu2, lepas tu disalai kejap sampai tak ada bulu yang tinggal, salai lagi sampai wangi sikit.
santan pekat dan cair.
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
halia ditumbuk
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
garam secukup rasa

Masukkan santan cair dalam kuali dan panaskan, masukkan ayam dipotong2 kecil, dah empuk sikit masukkanpula santan pekat dan bahan2 tumbuk, serai daun kunyit dan garam. Bila dah mendiudih kacau lagi sampai pekat dan betul2 masak, boleh letak ubi kentang kalau suka. Dah siap.

MASAK LEMAK CILI PADI SIPUT SEDUT CAMPUR UBI KELADI

Bahan2

siput sedut, titik dan buang bahagian ekor, bersihkan betul2
santan kelapa sederhana pekat
cili padi tumbuk halus
bawang merah tumbuk halus
bawang putih tumbuk halus
serai titik
daun kunyit disiat2
kunyit hidup ditumbuk halus
garam secukup rasa
batang keladi siap dicuci dan dipotong2. rebus dulu separuh masak kemudian toskan airnya, lepas tu cuci sekali lagi untuk hilangkan gatal.
masukkan santan, bahan tumbuk, serai, daun kunyit, garam dan kunyit hidup dalam kuali. panas kan, lepastu masukkan batang keladi dan siput sedut. Kacau sampai masak. Dah siap.

MASAK LEPAK CILI PADI IKAN TENGIRI CAMPUR BELIMBING BULUH

Bahan2
Ikan tengiri siap dipotong dan dibersihkan
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
belimbung buluh dibelah dua
garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit belimbing buluh dan garam. Bila dah mendiudih masukkan ikan tengiri. Dah siap.

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KEMBUNG CAMPUR KULIT RAMBAI MUDA


Masak lemak cili padi ikan kembung campur kulit rambai muda.
(Rambai ni aku baru petik dari dusun di taman melawati kl.)

Bahan-bahan ( untuk makan lebih kurang 3 orang )

Ikan kembung 3 ekor ( atau apa2 ikan yang disukai )
kulit rambai yang siap sibelah2
serai 3 batang dititik
bawang merah ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
kunyit hidup ditumbuk halus, atau kunyit serbuk
santan kelapa satu mangkuk ( macam gambar diatas )
daun kunyit
garam secukup rasa

Panaskan santan dalam kuali, masukkan bahan2 tumbuk, daun kunyit, serai dan garam. Masuk kan juga kulit rambai. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Dah mendidih masukkan ikan yang dah dicuci bersih. Kacau lagi sampai ikan masak. Dah siap pun. Masakan ni popular juga kat kampung aku Melekai, Johol Negeri Sembilan.